Thursday, March 18, 2010

Diari Bermula!!!

18/3/2010
Kehidupan merupakan satu perkara yang paling ingin aku elakkan dari dulu lagi.Kenapa?Kerana bagi aku sia-sia saja kita hidup dengan kesedihan dan kesusahan.
Tapi setelah aku mula meningkat remaja,aku mula menyedari bahawa kita tidak boleh putus asa dalam mengharungi sesuatu kehidupan yang telah ditakdirkan untuk kita.Kesukaran,kesedihan,kesenangan dan kegembiraan adalah lumrah kehidupan.Kawan aku pernah berkata,"Hidup ini mesti diteruskan meskipun banyak cabaran yang mesti ditempuhi.Harungilah semua cabaran itu bersama kami,temanmu,kerana apa gunanya teman kalau bukan untuk bersama temannya hingga saat perpisahan.Jangan pernah putus asa kerana kami tidak suka".Kata-kata itu telah menyunting semangatku dan membuatkan aku terus maju hingga sekarang.

Mula Berblogging!!!

18/3/2010
Aku mula buat blog.Sebenarnya,aku dah ada blog,tapi blog ini adalah merupakan diari aku seharian mulai hari ini.